Monday 4 March 2013

Dingin ingin aman

Dingin ingin aman
Peluang hadap tenang,ditolak ego dendam.
Peluang hadap bincang,ditolak ego pincang.
Diragut pula nyawa pejuang.

Kini…dingin ingin aman.
Segorombolan datang dengan senapang.
Bukan lagi datang ingin tatang.
Datang memusnah si ego binatang!

Pejuang…
Jangan dihidang lagi peluang.
Teruskan langkah musnah si perasan.
Agar dingin benar aman.

Thursday 12 April 2012

Selamat berkerja



Bingkas,gegas
Suci badan mula ibadat
Wajib didahului,baru berkat sepanjang hari


Hidupkan enjin yang sejuk
Jangan jalan terus,takut nanti merajuk
Cukup panas baru jalan
baru cergas bawa tuan


Nama pun duduk ibu kota
Kalau nama hari kerja dah tentu sesak kereta
Semua gerak atas utama yang sama


Sampai di meja kerja harian di mulakan
kopi secawan jadi kawan
Jangan masam muka,lemparkan senyuman
Motivasi diri dan juga teman
baru semangat dengan tugasan


Selamat berkerja.

Sunday 8 April 2012

Kanan kiri



Mereka
Kanan mahupun kiri
Wujud dari dulu lagi
Lain tempat lain ideologi
Lain orang lain hati


Mereka
Kanan mahupun kiri
Peduli kata orang
sanggup pekik padahal satu ruang
Ruang sementara yang di rebut
Kadang-kadang nampak hilang pertimbangan
hingga nampak kusut


Mereka
Masing-masing waras
Masing-masing bijak pandai
Bila di tegah ada saja ulas
Bila di bidas ada saja caci balas
Bila di celah ada saja ulas rimas
Apa yang di tengah mampu buat?
Lihat saja sesama saudara mengganas


Sayang seribu kali sayang
Semakin hari nampak goyang
Walaupun hidup bermajoriti
Tapi sayang tak satu hati
Yang di sibukkan hanya panas hati
Agaknya beginilah sampai mati


Kadang-kadang tertanya
Adakah ini lumrah kiri dan kanan?
Adakah ini hukum berlawanan?
Adakah ini juga yang dikatakan hak?
Hak dari mereka yang ego berlagak
hingga terlajak rabak

Friday 6 April 2012

Zaman sekolah





Bila teringat geli hati
tapi rasa nak patah balik
semua di atur tanpa pening


Hidup zaman sekolah
Goncang katil pagi macam nak roboh
Kelat mata bangun sambil merengek mulut muncung
Gigil bila sentuh air digayung


Sementara ibu sibuk didapur
siapkan alas perut
Risaukan si anak takut kebulur


Rambut sisir tepi
Uniform segak rapi
Duduk di meja kopi
jamah sarapan pagi


Pukul 2 sampai rumah
Dia punya penat mengalahkan amah
Dah tak nampak nasi
bantal dulu yang dicari


Begitulah 5 hari seminggu
Sabtu Ahad memang ditunggu
Haih,seronok betul teringat zaman dulu



Monday 2 April 2012

Bela nasib hina

Bukan main mulia tugas
Baik baju putih,biru mahupun preman
tugas sama.jaga aman


Setiap hari,pelusuk tempat,hujan mahu panas
sedang lain dengan penghawa dingin
Ada orang hirau?Ada orang kisah?Ada yang ambil peduli?
Kalau ada boleh kira dengan jari
Hujung minggu pula yang lain bercuti
Ada kau depan tv?


Macam-macam label yang kau dapat
dari pengkritik manusia hati tuli
Apa yang kau orang tak puas hati?
Jangan sibuk hal orang,pergi jaga anak bini


Belum cerita timbul hal
timbul semacam hal kecoh seMalaya
Cuba kau yang dapat
Ada yang datang rapat?
Memang lahanat!


Sekali lagi aku bereemosi cerita pasal kau
kalau boleh muka si lahanat mulut ini aku nak cekau
Aku bukan sama kumpulan kau
tapi tampil lantang untuk si hawau

Tuesday 27 March 2012

Video Allahyarham Koperal Ismayuddin Ramli dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang maut dirempuh bas.Al-Fatihah.

Manusia lampu isyarat



Bangun disubuh hari
sedang yang lain enak bermimpi
kau persiapkan diri
menjaga aman dan harmoni


Kala matahari terbit
kau terpacak di tengah simpang jalan
sedang yang lain dengan sarapan
kau pula hidu asap berkepul ke awan
Apa kan daya nak jaga aman


Diri tegak macam pak pacak
tangan melambai bagi arahan
Ganti si tiang lampu isyarat
Mulia betul kau kepada masyarakat


Bila masalah punca dari kau
mulalah keluar hawau,lahabau!
Cuba masalah dari mereka
apa bela yang kau rasa?!


Pedulikan kata orang
Anggapkan saja mereka pandai cakap tapi hati kontang
Aku sendiri rasa ingin mencabar 
cabar mereka yang terlepas pandang


Aku kagum tak seperti mereka
AKu hormat tak seperti mereka
Andai aku ada peluang dan kuasa
nasib kau dulu tentu ku bela