Saturday 18 February 2012

Sayu hati lelaki



Lama kau termenung.Sesekali kau senyum dan sesekali bergenang air mata.Kau baca satu persatu pesanan ringkas serta janji dan sumpah yang pernah kau harapkan.Satu persatu tisu kau capai,kesat yang bergenang.Sambil kau tertanya,dimana silapnya?Puas kau fikir hinggakan ayat pertama yang keluar sewaktu perkenalan dulu pun kau terbitkan.Kau rungkaikan dari segala kata-kata kau pula.Kau bandingkan perlakuan dan janji-janji yang kau sendiri taburkan.Masih buntu,masih tertanya.Beratus hari kau pertahankan,walau nun jauh di mata.Kau cuba juga gembirakan suasana walau kadang kala ragu-ragu yang hinggap mengacau.Apa salahnya?Dimana silapnya?Kau masih buntu,masih tertanya.Begitu senang ungkapan 'Goodbye' keluar dari mulutnya,seolah-olah seperti melafazkan ungkapan 'I Love You' pula.'Apa ada hal,kau kan lelaki.Ramai perempuan lain lagi kau boleh dapat'.Kata-kata si buaya pula singgah di telinga.Ya,mungkin benar apa yang dikatakan si buaya,tapi bukan kau.Kalau kata-kata azimat si buaya yang kau pegang selama ini,tak ada lah semerah saga mata kau sekarang.Mungkin itu kelemahan kau,keseluruhannya kau bagi.Sampaikan tiada sikit pun bekalan untuk kau.Akibatnya,tengoklah apa jadi sekarang!Kau fikir dalam-dalam.Ingat,tiap yang berlaku  ada hikmahnya.Betul juga cakap dia,perhatian yang kau harapkan dia tak dapat nak bagi.Tak kan nak paksa semata untuk puaskan diri sendiri.Tak baik kan.'Aku lelaki tapi aku berhak dapat perhatian macam aku bagi!'.Kau teriak tanda tak puas hati.Ya,tak salah apa yang kau suarakan.Baik perempuan mahupun lelaki,keduanya mempunyai hati.Apa yang diharap dan apa yang dijanji mesti ditepati.Mungkin ini satu pengajian lagi yang kau perlu pelajari.Belajar memahami yang sesuatu di tangan tidak akan kekal abadi.

Toby

Kau di berikan 1001 kesenangan.Segalanya mudah bagi kau.Hinggakan makan pun disuap.Berbeza sekali dengan nasib rakan-rakan kau diluar.Makannya tak tentu,tidurnya tak bertempat.Kerja harian kau sangat mudah,celik mata santap makanan.Pada umumnya memang menyakitkan hati melihat kesenangan yang kau dapat.Manakan tidak,sudahlah diberi kemewahan dan kesenangan,kau pula dikatakan penyeri hidup.Alahai,indahnya dunia kau.Apa lagi yang kau tak dapat?Mungkin sepak terajang yang kau belum jamah,tapi agak mustahil untuk kau rasa bukan?Kemewahan yang kau kecap hari-hari sehingga kau sendiri mengeluh.Sedangkan rakan kau yang lain hari-hari mengimpikan apa yang kau kecapi.Sehinggalah kau berkeras untuk pergi,kononnya untuk berdikari.Kau tak tahu ke yang orang akan risau bila kau pergi?Pernah kau terfikir dalam kau merungut?Sayangnya,itu bukan kau.Kau tetap dengan pendirian kau,konon.Kau keluar tanda bebas.Kau bernyanyi seolah-olah kau baru keluar dari tirai besi.Mana amanah yang kau pegang sebagai penyeri hidup?Apa kan daya,kau ada pilihan sendiri.Pilihan yang sebenarnya kau sendiri ragui.Kau berjalan mendongak diri,hingga kau lupa jalan mana yang kau susuri.Sehinggalah kau sedar hilangnya mentari.Kau menangis tanda simpati.Oh Toby,mana kau nak pergi?Kau jalan menundukkan wajah,sedangkan sekeliling melihat kau sambil diam.Kau seperti hilang punca.Perut kau mula berirama tanda lapar.Apakan daya,ini kebebesan yang kau sangkakan indah.Begitulah kau setiap hari,baik siang mahupun malam.Terus menyalahkan diri,tp apa guna.Nasi sudah menjadi bubur.Sehinggalah ada insan yang terlihat kau,terlihat kesedihan dalam kegagahan kau.Dilihatnya kau dengan tanda kasih sayang.Disimpannya angan-angan untuk membawa kau pulang.Oh Toby,sekali lagi kau beruntung tidak sperti yang lain.Ingat,jangan biarkan pisang berbuah dua kali walaupun sejarah mungkin berulang lagi.Semuanya atas diri sendiri.



Terima kasih bukan kutuk

Dah nak Maghrib,tapi terpanggil untuk tulis. Tak apa,sementara tunggu masuk waktu,kita tulis dulu.Manusia,bila tak dapat macam-macam kata,bila dh dapat diam seribu bahasa.Tak ada ungkapan terima kasih ke?Sikit-sikit macam isu politik semasa lah?Ops,ini tajuk umum.Siapa makan gula-gula kapas rasa manis.Cuba lah belajar menghargai pemberian.Kalau berat sangat perkataan 'terima kasih' tu lebih baik diam.Ucap terima kasih dapat pahal.Nak buat pahal memang berat,tak macam buat dosa.Samalah kesnya nak ucap terima kasih,kan berat.Kalau kutuk fuhhh! laju je mulut ni.Ok sudah.Tak faham tanya kalau faham Alhamdulillah.


p/s : Nasihat untuk diri sendiri dan umum.

Dari sesuatu ke segalanya

Jangan jadi sesuatu bila anda boleh menjadi segalanya.


Bagus lah petikan ini kan?Boleh di guna pakai.Boleh di guna dalam keluarga dan berguna juga untuk pasangan bercinta.Tapi,tak kan 'copy paste' atau baca je?Cuba jadikan petikan ini sebagai peringatan setiap hari.Kan lagi terbaik.Bangga mak bapa kita ada anak macam kita,bangga buah hati kita ada pasangan macam kita.tak begitu?

p/s : Pesanan untuk diri sendiri juga.

Idea lantang tak muncul tiba?

Mulanya ingat senang,bila dah buat baru tahu susah.Kononnya nak jadi seperti sasterawan menulis.Tapi apa kan daya,daya kreativiti tak seperti mereka.Apa pun tak salah mencuba.Yang jadi masalah ialah IDEA.Tak ada IDEA apa yang nak dicubanya?'Haha...',gelak untuk diri sendiri.Ini kesan dari berangan juga ke?Erm,macam tak macam ya.Owh IDEA,datanglah engkau!(Macam seru hantu pula).Marilah kau wahai IDEA.Datanglah engkau mengiringi suara.Persiapkan diri melantangkan suara seperti lantang korus.

Asal diri




'Alhamdulillah,hero anak sulong saya ayah',gembira betul si bapa selepas melihat kelahiran anak pertamanya.Si ibu menangis tanda gembira setelah bertarung nyawa melahirkan bayi seberat 3.9 kg.Tak henti-henti air mata si ibu mengalir keluar sambil di tenangkan seorang yang baru bergelar 'opah'.'Alhamdulillah,semuanya selamat.Kau dah jadi ibu,jagalah anak tu elok-elok'.'Zuriat adalah harta yang paling bernilai bagi seorang perempuan bergelar ibu.Jagalah harta kau ni sebaiknya',pesan si opah.Begitulah sedikit gambaran suasana pada pukul 12 tengah hari,hari Jumaat di sebuah wad bersalin di sebuah hospital kerajaan.

Permulaan bermula

Terjaga dari tidur,mata kelat tengok 'handphone'.Baca SMS yang diterima sewaktu dalam mimpi.Pergi ke meja makan bertemankan milo panas sekole,komputer riba di buka..Di beleknya muka buku ,kot-kot 'post' malam tadi berbalas,ada tidak pun ada yang tekan 'like' tanda setuju atau suka.Di beleknya pula laman sesawang jual beli.Walaupun tak mampu nak beli saat ni cukuplah sekadar tengok dan berangan.Mungkin dah jadi 'habit' bangun pagi hari-hari begini.Bila dah tak tahu nak buat apa,mulalah pelbagai idea keluar,Sampai idea nak jadi jutawan pun ada dalam kepala.Haih,itulah dia antara kesan kalau suka sangat berangan.Kadang-kadang bagus kadang-kadang kurang bagus.Idea jadi punulis pula tiba-tiba datang menderu.Macam tengah berlumba siapa cepat dia dapat.Dengan berbekalkan contoh yang beribu,mulalah kehidupan sebagai penulis.Tapi tak tahulah,siapa yang baca.Mungkin diri sendiri je.Dia tulis dia baca.Tak apa lah,belum cuba belum tahu.Mana tahu ada yang akan jadi pengikut setia.Permulaan pun bermula.