Thursday 12 April 2012

Selamat berkerja



Bingkas,gegas
Suci badan mula ibadat
Wajib didahului,baru berkat sepanjang hari


Hidupkan enjin yang sejuk
Jangan jalan terus,takut nanti merajuk
Cukup panas baru jalan
baru cergas bawa tuan


Nama pun duduk ibu kota
Kalau nama hari kerja dah tentu sesak kereta
Semua gerak atas utama yang sama


Sampai di meja kerja harian di mulakan
kopi secawan jadi kawan
Jangan masam muka,lemparkan senyuman
Motivasi diri dan juga teman
baru semangat dengan tugasan


Selamat berkerja.

Sunday 8 April 2012

Kanan kiri



Mereka
Kanan mahupun kiri
Wujud dari dulu lagi
Lain tempat lain ideologi
Lain orang lain hati


Mereka
Kanan mahupun kiri
Peduli kata orang
sanggup pekik padahal satu ruang
Ruang sementara yang di rebut
Kadang-kadang nampak hilang pertimbangan
hingga nampak kusut


Mereka
Masing-masing waras
Masing-masing bijak pandai
Bila di tegah ada saja ulas
Bila di bidas ada saja caci balas
Bila di celah ada saja ulas rimas
Apa yang di tengah mampu buat?
Lihat saja sesama saudara mengganas


Sayang seribu kali sayang
Semakin hari nampak goyang
Walaupun hidup bermajoriti
Tapi sayang tak satu hati
Yang di sibukkan hanya panas hati
Agaknya beginilah sampai mati


Kadang-kadang tertanya
Adakah ini lumrah kiri dan kanan?
Adakah ini hukum berlawanan?
Adakah ini juga yang dikatakan hak?
Hak dari mereka yang ego berlagak
hingga terlajak rabak

Friday 6 April 2012

Zaman sekolah





Bila teringat geli hati
tapi rasa nak patah balik
semua di atur tanpa pening


Hidup zaman sekolah
Goncang katil pagi macam nak roboh
Kelat mata bangun sambil merengek mulut muncung
Gigil bila sentuh air digayung


Sementara ibu sibuk didapur
siapkan alas perut
Risaukan si anak takut kebulur


Rambut sisir tepi
Uniform segak rapi
Duduk di meja kopi
jamah sarapan pagi


Pukul 2 sampai rumah
Dia punya penat mengalahkan amah
Dah tak nampak nasi
bantal dulu yang dicari


Begitulah 5 hari seminggu
Sabtu Ahad memang ditunggu
Haih,seronok betul teringat zaman dulu



Monday 2 April 2012

Bela nasib hina

Bukan main mulia tugas
Baik baju putih,biru mahupun preman
tugas sama.jaga aman


Setiap hari,pelusuk tempat,hujan mahu panas
sedang lain dengan penghawa dingin
Ada orang hirau?Ada orang kisah?Ada yang ambil peduli?
Kalau ada boleh kira dengan jari
Hujung minggu pula yang lain bercuti
Ada kau depan tv?


Macam-macam label yang kau dapat
dari pengkritik manusia hati tuli
Apa yang kau orang tak puas hati?
Jangan sibuk hal orang,pergi jaga anak bini


Belum cerita timbul hal
timbul semacam hal kecoh seMalaya
Cuba kau yang dapat
Ada yang datang rapat?
Memang lahanat!


Sekali lagi aku bereemosi cerita pasal kau
kalau boleh muka si lahanat mulut ini aku nak cekau
Aku bukan sama kumpulan kau
tapi tampil lantang untuk si hawau

Tuesday 27 March 2012

Video Allahyarham Koperal Ismayuddin Ramli dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang maut dirempuh bas.Al-Fatihah.

Manusia lampu isyarat



Bangun disubuh hari
sedang yang lain enak bermimpi
kau persiapkan diri
menjaga aman dan harmoni


Kala matahari terbit
kau terpacak di tengah simpang jalan
sedang yang lain dengan sarapan
kau pula hidu asap berkepul ke awan
Apa kan daya nak jaga aman


Diri tegak macam pak pacak
tangan melambai bagi arahan
Ganti si tiang lampu isyarat
Mulia betul kau kepada masyarakat


Bila masalah punca dari kau
mulalah keluar hawau,lahabau!
Cuba masalah dari mereka
apa bela yang kau rasa?!


Pedulikan kata orang
Anggapkan saja mereka pandai cakap tapi hati kontang
Aku sendiri rasa ingin mencabar 
cabar mereka yang terlepas pandang


Aku kagum tak seperti mereka
AKu hormat tak seperti mereka
Andai aku ada peluang dan kuasa
nasib kau dulu tentu ku bela

Monday 26 March 2012

Hasut pekik!

Kau megah diri di atas,
teriak megah bercekak pinggang
di sambut dengan tekak dibawah
yang kau sendiri entah dengar entah tidak.


Kata dan janji kau buat si lawan goyang
entah betul entah tidak
yang penting sokongan di bawah.


Satu-satu jalan kau lalui
megah jalan sambil diiringi
tanda janji kononnya akan dimeterai
tapi entah bila aku sendiri ragui.


Bila digertak kau tak senang hati
mulakan langkah berhati-hati
sambil di sokong rakan sendiri.
'Argh,biarkan si iri hati'.


Sampai bila hasut pekik begini
aku pun tak sabar menanti hari demi hari
nak tengok juga janji yang yang kau tabur
boleh pegang atau sekadar takbur. 

Thursday 23 February 2012

Si seni

Hidup kau seperti tak terurus.Bila berjalan tak ubah seperti gelandangan.Rambut kau cukup memperlihatkan kau seperti kurang perhatian dan kurang kasih sayang.Makan minum kau pun semacam tak terurus.Ada masa kau jamah nasi berlauk,ada masa biskut kering cicah kopi yang kau jamah.Bukan sebab kau tak mampu,mungkin sebab pemalasnya kau.Bangun tidur kau pun tak menentu,ada hari bangun awal dan ada hari ssenja dah nak menjelma  baru kau celik.Bila kau bangkit dari tilam,benda pertama yang kau ambil ialah rokok.Kau sedut benda tak sihat itu sambil jengah ke luar tingkap.Apa yang kau suka sangat dengan aktiviti ini pun aku tak pasti.Tepat pukul 8 malam,kau keluar dari rumah.Gaya kau serupa tak mandi,walaupun sebelum keluar kau membersih diri.Kau berjalan,itu tabiat kau walaupun macam-macam kenderaan awam lalu lalang.Mungkin juga sebab jarak tempat yang kau tujui tak juah dari rumah.Ke mana kau pergi beg kulit besar yang kau sendiri jahit pasti ada tersangkut di bahu.Kau berjalan melalui lorong,kaki lima untuk sampai ke destinasi.Biasanya sebelum sampai kau akan singgah ke kedai serbaneka untuk membeli air penghilang dahaga..Sampai ke destinasi kau keluarkan khazanah dalam beg kulit besar yang kau bawa itu.Papan lukisan,kertas lukisan,pensil,'charcoal' dan 2 kerusi lipat kecil untuk kau dan pelanggan duduk.Kau letak juga 2 3 helai hasil yang kau pernah hasilkan sebelum ini sebagai 'pelaris'.Kau asah mata pensil yang tumpul sambil menunggu 'pelanggan'.Ini sedikit gambaran tentang diri kau yang membuatkan aku terpanggil untuk menulis.Mungkin terlalu sedikit untuk mereka semua teliti.Lain hari pasti kau akan aku tulis lagi.

Tuesday 21 February 2012

Puss in Boots - The Three Diablos 2011 full short movie HD




Ini sebab mengapa ramai orang sukakan kucing walaupun dalam bentuk animasi.Selamat menonton. >_<

Monday 20 February 2012

Niat dan minat

Kau memang aku kagumi.Niat dan minat kau buat orang ternganga.Kalau perempuan tahu tentang kau 'confirm' cair.Kadang kala kau sangat degil dengan niat dan minat kau.Dan kadang kala juga kau lupa tanggungjawab lain.Sehingga pernah satu ketika dahulu kau bermasam muka dengan rakan karib sendiri disebabkan niat dan minat kau itu.Aku tahu kenapa kau ad a niat dan minat itu.Kau pernah bagitahu aku dulu yang niat dan minat kau ini terbit sejak kau ada akal.Dan mungkin disebabkan sikap penyayang kau inilah yang menyebabkan kau ada niat dan minat ini.Kau tak kenal erti penat walaupun kadang kala kau penat melayan kerja harian kau.Tapi disebabkan niat dan minat kau sanggup ketepikan penat seharian kau itu.Itu baru cerita soal penat,belum cerita soal wang saku.Kau sanggup makan mee segera disebabkan niat dan minat kau.Biar kau sakit janji kau puas dan rasa lega.Biarlah kau berpuasa janji kau rasa lepas tanggungjawab kau.Biar kau tak boleh tengok bola di kedai mamak dengan kawan-kawan janji kau puas.Sangat aku tabik yang ini.Pernah juga satu ketika kau menangis disebabkan kau sangat sempit.Kau menangis bukan sebab tak dapat makan,tapi sebab kau rasakan waktu itu kau tak dapat jalankan tanggungjawab kau dengan baik.Atas gigihnya kau,masalah yang sangat runcing itu dapat kau atasi.Semuanya disebabkan niat dan minat kau.Aku sentiasa menyokong kau,sehingga saat ini.Dan aku percaya akan janji serta balasan yang kau akan dapat dari Allah atas niat dan minat kau.Selagi aku ada dengan kau aku akan terus menyokong kau.Dan insha'allah ada rezeki lebih aku akan turut sama dengan niat dan minat kau.

Sunday 19 February 2012

Hujung minggu

Rutin harian sama.Bangun dengan kelat mata pergi ke bilik mandi cuci dua 'mentol'.Capai tuala tutup badan sebab sejuk pagi.Pergi ke dapur,di capainya kole atau cawan dan bancuh milo.Yang membezakan hari-harinya sama ada tugasan di luar atau tugasan di rumah sahaja.Tak bosan ke hari-hari buat benda sama?Tak bosan  hidup seperti berjadual?Ya,memang kadang-kadang kerja di rumah,tapi ianya tetap 'kerja' kan?Hujung minggu ada?Hujung minggu memang ada tapi betul hujung minggu tak ada kerja juga?Pasti hujung minggu boleh buat macam-macam aktiviti?Cuba sesekali ambil cuti selain dari hujung minggu.Buat aktiviti seperti berada di hujung minggu.Pergilah 'shopping' ke,kedai buku ke,cuci kereta dan sebagainya.Nak kata tak ada 'feel' macam sama je.Yelah,hujung minggu ke hari biasa ke tetap seorang diri kan?Kalau hujung minggu pun jumpa kawan waktu malam.Jadi macam sama je dengan hari biasa.Tak ada apa dengan hari biasa?Eh,siapa cakap?Lagi lah seronok.'Shopping mall' pun tak ada lah sesak,rasa selesa berjalan.Tak ada lah bersenggol bahu kalau masuk ke kedai-kedai.Tengok wayang pun hati senang.Tak payah nak beratur panjang sambil mulut merungut.'Parking' jangan cerita lah,pilih je lah petak 'parking' mana yang nak.Betul tak?Mana yang kaki masuk 'toilet' tiap kali berjalan tak ada lah berebut nak membuang.Janganlah biarkan hidup macam dah diatur.Dah macam robot sebenarnya tanpa kita sedar.Sesekali cuba ubah jadual biasa ke jadual luar biasa.Tak salah kan kalau itu boleh buat diri sendiri rasa lapang. :)

Kuku




Cuba tengok celah kuku,ada hitam tak?Eeeeee,gelikan?Itu tandanya kene potong.Tak kan nak biarkan?Pengotor ok!Sudahlah celahan kuku hitam,entah-entah kesan korek hidung agaknya.Makan pula dengan tangan itu.Fuhh!Memang terbaik la kan.Apa punya kuman dan bakteria la yang ikut masuk dalam perut.Potonglah,baru nampak kemas dan bersih jari kamu.Janganlah jadi macam cina kedai 'handphone'.Kuku panjang sebab senang keluarkan sim card dan buka 'housing'.Yang ada tabiat suka gigit kuku,hentikanlah.Tahulah awak bosan dalam kereta sebab jalan sesak.Tapi janganlah di gigit kuku tu.Buatnya tertelan kuku tu macam mana?Jadi,potonglah kuku dengan pemotong kuku.Nak potong jangan malam-malam,kata orang tua-tua lah.Bukan apa,takut mata tak nampak lain pula yang dipotongnya nanti.Seeloknya potonglah kuku ikut sunnah nabi dan pada hari Jumaat.

Harapan di tengah bulan

Lumrah orang bekerja.Baik makan gaji,berniaga mahupun si gembala.Ada masa memang gembira,ada masa sangaplah jawabnya.Bukan boros soalnya sekarang,tapi tanggungan yang jadi bebanan.Toleh kiri kanan,melilau mata dalam rumah sendiri.Mana lah tahu jumpa 'emas' yang tak diguna pakai lagi.Harapan di tengah bulan,tak kan mengemis selagi ada ikhtiar diri.Daripada tersidai sepi,ada baik diberinya peluang untuk orang lain memiliki.Berhati-hatilah selepas ini.Sediakan tabung persiapkan diri.Kelak takut tak terjamah nasi.

Saturday 18 February 2012

Sayu hati lelaki



Lama kau termenung.Sesekali kau senyum dan sesekali bergenang air mata.Kau baca satu persatu pesanan ringkas serta janji dan sumpah yang pernah kau harapkan.Satu persatu tisu kau capai,kesat yang bergenang.Sambil kau tertanya,dimana silapnya?Puas kau fikir hinggakan ayat pertama yang keluar sewaktu perkenalan dulu pun kau terbitkan.Kau rungkaikan dari segala kata-kata kau pula.Kau bandingkan perlakuan dan janji-janji yang kau sendiri taburkan.Masih buntu,masih tertanya.Beratus hari kau pertahankan,walau nun jauh di mata.Kau cuba juga gembirakan suasana walau kadang kala ragu-ragu yang hinggap mengacau.Apa salahnya?Dimana silapnya?Kau masih buntu,masih tertanya.Begitu senang ungkapan 'Goodbye' keluar dari mulutnya,seolah-olah seperti melafazkan ungkapan 'I Love You' pula.'Apa ada hal,kau kan lelaki.Ramai perempuan lain lagi kau boleh dapat'.Kata-kata si buaya pula singgah di telinga.Ya,mungkin benar apa yang dikatakan si buaya,tapi bukan kau.Kalau kata-kata azimat si buaya yang kau pegang selama ini,tak ada lah semerah saga mata kau sekarang.Mungkin itu kelemahan kau,keseluruhannya kau bagi.Sampaikan tiada sikit pun bekalan untuk kau.Akibatnya,tengoklah apa jadi sekarang!Kau fikir dalam-dalam.Ingat,tiap yang berlaku  ada hikmahnya.Betul juga cakap dia,perhatian yang kau harapkan dia tak dapat nak bagi.Tak kan nak paksa semata untuk puaskan diri sendiri.Tak baik kan.'Aku lelaki tapi aku berhak dapat perhatian macam aku bagi!'.Kau teriak tanda tak puas hati.Ya,tak salah apa yang kau suarakan.Baik perempuan mahupun lelaki,keduanya mempunyai hati.Apa yang diharap dan apa yang dijanji mesti ditepati.Mungkin ini satu pengajian lagi yang kau perlu pelajari.Belajar memahami yang sesuatu di tangan tidak akan kekal abadi.

Toby

Kau di berikan 1001 kesenangan.Segalanya mudah bagi kau.Hinggakan makan pun disuap.Berbeza sekali dengan nasib rakan-rakan kau diluar.Makannya tak tentu,tidurnya tak bertempat.Kerja harian kau sangat mudah,celik mata santap makanan.Pada umumnya memang menyakitkan hati melihat kesenangan yang kau dapat.Manakan tidak,sudahlah diberi kemewahan dan kesenangan,kau pula dikatakan penyeri hidup.Alahai,indahnya dunia kau.Apa lagi yang kau tak dapat?Mungkin sepak terajang yang kau belum jamah,tapi agak mustahil untuk kau rasa bukan?Kemewahan yang kau kecap hari-hari sehingga kau sendiri mengeluh.Sedangkan rakan kau yang lain hari-hari mengimpikan apa yang kau kecapi.Sehinggalah kau berkeras untuk pergi,kononnya untuk berdikari.Kau tak tahu ke yang orang akan risau bila kau pergi?Pernah kau terfikir dalam kau merungut?Sayangnya,itu bukan kau.Kau tetap dengan pendirian kau,konon.Kau keluar tanda bebas.Kau bernyanyi seolah-olah kau baru keluar dari tirai besi.Mana amanah yang kau pegang sebagai penyeri hidup?Apa kan daya,kau ada pilihan sendiri.Pilihan yang sebenarnya kau sendiri ragui.Kau berjalan mendongak diri,hingga kau lupa jalan mana yang kau susuri.Sehinggalah kau sedar hilangnya mentari.Kau menangis tanda simpati.Oh Toby,mana kau nak pergi?Kau jalan menundukkan wajah,sedangkan sekeliling melihat kau sambil diam.Kau seperti hilang punca.Perut kau mula berirama tanda lapar.Apakan daya,ini kebebesan yang kau sangkakan indah.Begitulah kau setiap hari,baik siang mahupun malam.Terus menyalahkan diri,tp apa guna.Nasi sudah menjadi bubur.Sehinggalah ada insan yang terlihat kau,terlihat kesedihan dalam kegagahan kau.Dilihatnya kau dengan tanda kasih sayang.Disimpannya angan-angan untuk membawa kau pulang.Oh Toby,sekali lagi kau beruntung tidak sperti yang lain.Ingat,jangan biarkan pisang berbuah dua kali walaupun sejarah mungkin berulang lagi.Semuanya atas diri sendiri.



Terima kasih bukan kutuk

Dah nak Maghrib,tapi terpanggil untuk tulis. Tak apa,sementara tunggu masuk waktu,kita tulis dulu.Manusia,bila tak dapat macam-macam kata,bila dh dapat diam seribu bahasa.Tak ada ungkapan terima kasih ke?Sikit-sikit macam isu politik semasa lah?Ops,ini tajuk umum.Siapa makan gula-gula kapas rasa manis.Cuba lah belajar menghargai pemberian.Kalau berat sangat perkataan 'terima kasih' tu lebih baik diam.Ucap terima kasih dapat pahal.Nak buat pahal memang berat,tak macam buat dosa.Samalah kesnya nak ucap terima kasih,kan berat.Kalau kutuk fuhhh! laju je mulut ni.Ok sudah.Tak faham tanya kalau faham Alhamdulillah.


p/s : Nasihat untuk diri sendiri dan umum.

Dari sesuatu ke segalanya

Jangan jadi sesuatu bila anda boleh menjadi segalanya.


Bagus lah petikan ini kan?Boleh di guna pakai.Boleh di guna dalam keluarga dan berguna juga untuk pasangan bercinta.Tapi,tak kan 'copy paste' atau baca je?Cuba jadikan petikan ini sebagai peringatan setiap hari.Kan lagi terbaik.Bangga mak bapa kita ada anak macam kita,bangga buah hati kita ada pasangan macam kita.tak begitu?

p/s : Pesanan untuk diri sendiri juga.

Idea lantang tak muncul tiba?

Mulanya ingat senang,bila dah buat baru tahu susah.Kononnya nak jadi seperti sasterawan menulis.Tapi apa kan daya,daya kreativiti tak seperti mereka.Apa pun tak salah mencuba.Yang jadi masalah ialah IDEA.Tak ada IDEA apa yang nak dicubanya?'Haha...',gelak untuk diri sendiri.Ini kesan dari berangan juga ke?Erm,macam tak macam ya.Owh IDEA,datanglah engkau!(Macam seru hantu pula).Marilah kau wahai IDEA.Datanglah engkau mengiringi suara.Persiapkan diri melantangkan suara seperti lantang korus.

Asal diri




'Alhamdulillah,hero anak sulong saya ayah',gembira betul si bapa selepas melihat kelahiran anak pertamanya.Si ibu menangis tanda gembira setelah bertarung nyawa melahirkan bayi seberat 3.9 kg.Tak henti-henti air mata si ibu mengalir keluar sambil di tenangkan seorang yang baru bergelar 'opah'.'Alhamdulillah,semuanya selamat.Kau dah jadi ibu,jagalah anak tu elok-elok'.'Zuriat adalah harta yang paling bernilai bagi seorang perempuan bergelar ibu.Jagalah harta kau ni sebaiknya',pesan si opah.Begitulah sedikit gambaran suasana pada pukul 12 tengah hari,hari Jumaat di sebuah wad bersalin di sebuah hospital kerajaan.

Permulaan bermula

Terjaga dari tidur,mata kelat tengok 'handphone'.Baca SMS yang diterima sewaktu dalam mimpi.Pergi ke meja makan bertemankan milo panas sekole,komputer riba di buka..Di beleknya muka buku ,kot-kot 'post' malam tadi berbalas,ada tidak pun ada yang tekan 'like' tanda setuju atau suka.Di beleknya pula laman sesawang jual beli.Walaupun tak mampu nak beli saat ni cukuplah sekadar tengok dan berangan.Mungkin dah jadi 'habit' bangun pagi hari-hari begini.Bila dah tak tahu nak buat apa,mulalah pelbagai idea keluar,Sampai idea nak jadi jutawan pun ada dalam kepala.Haih,itulah dia antara kesan kalau suka sangat berangan.Kadang-kadang bagus kadang-kadang kurang bagus.Idea jadi punulis pula tiba-tiba datang menderu.Macam tengah berlumba siapa cepat dia dapat.Dengan berbekalkan contoh yang beribu,mulalah kehidupan sebagai penulis.Tapi tak tahulah,siapa yang baca.Mungkin diri sendiri je.Dia tulis dia baca.Tak apa lah,belum cuba belum tahu.Mana tahu ada yang akan jadi pengikut setia.Permulaan pun bermula.