Thursday 23 February 2012

Si seni

Hidup kau seperti tak terurus.Bila berjalan tak ubah seperti gelandangan.Rambut kau cukup memperlihatkan kau seperti kurang perhatian dan kurang kasih sayang.Makan minum kau pun semacam tak terurus.Ada masa kau jamah nasi berlauk,ada masa biskut kering cicah kopi yang kau jamah.Bukan sebab kau tak mampu,mungkin sebab pemalasnya kau.Bangun tidur kau pun tak menentu,ada hari bangun awal dan ada hari ssenja dah nak menjelma  baru kau celik.Bila kau bangkit dari tilam,benda pertama yang kau ambil ialah rokok.Kau sedut benda tak sihat itu sambil jengah ke luar tingkap.Apa yang kau suka sangat dengan aktiviti ini pun aku tak pasti.Tepat pukul 8 malam,kau keluar dari rumah.Gaya kau serupa tak mandi,walaupun sebelum keluar kau membersih diri.Kau berjalan,itu tabiat kau walaupun macam-macam kenderaan awam lalu lalang.Mungkin juga sebab jarak tempat yang kau tujui tak juah dari rumah.Ke mana kau pergi beg kulit besar yang kau sendiri jahit pasti ada tersangkut di bahu.Kau berjalan melalui lorong,kaki lima untuk sampai ke destinasi.Biasanya sebelum sampai kau akan singgah ke kedai serbaneka untuk membeli air penghilang dahaga..Sampai ke destinasi kau keluarkan khazanah dalam beg kulit besar yang kau bawa itu.Papan lukisan,kertas lukisan,pensil,'charcoal' dan 2 kerusi lipat kecil untuk kau dan pelanggan duduk.Kau letak juga 2 3 helai hasil yang kau pernah hasilkan sebelum ini sebagai 'pelaris'.Kau asah mata pensil yang tumpul sambil menunggu 'pelanggan'.Ini sedikit gambaran tentang diri kau yang membuatkan aku terpanggil untuk menulis.Mungkin terlalu sedikit untuk mereka semua teliti.Lain hari pasti kau akan aku tulis lagi.

1 comment:

  1. Bilakah kau akan bkalam lg..aku dan aku terlalu sudi menjadi pendengar setiap kata puisi hati..

    ReplyDelete